Anda Pengunjung Ke :

Sunday 21 January 2018

YMM Tuanku Hajah Haminah Dikurnia Gelaran Che Puan Besar Kedah.


YMM Che Puan Besar Kedah menerima watikah gelaran.

Mantan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-14 dan Sultanah Kedah Darul Aman, Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun hari ini dikurniakan gelaran Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah Darul Aman oleh KDYMM Sultan Kedah Darul Aman Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, bersempena dengan Hari Keputeraan Rasmi Ke-76 KDYMM Sultan Kedah. YMM Che Puan Besar Tuanku Hajah Haminah, 65, merupakan balu kepada Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Istiadat pengurniaan gelaran disempurnakan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah. Ini merupakan kemunculan pertama YMM Che Puan Besar Kedah dalam istiadat rasmi selepas kemangkatan Almarhum suami baginda pada 11 September 2017.

YMM Che Puan Besar Kedah bersama KDYMM Sultan, KDYMM Sultanah Kedah serta kerabat diraja.

YMM Che Puan Besar Kedah bersama YTM Tunku Puteri Intan Safinaz dan DYAM Tunku Soraya.
sumber: Instagram DYAM Tunku Soraya.

YMM Che Puan Besar Kedah bersama KDYMM Sultan Kedah, YTM Tunku Puteri Intan Safinaz dan DYAM Tunku Soraya.
sumber: Instagram DYAM Tunku Soraya.


No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...