Anda Pengunjung Ke :

Thursday 5 October 2017

Istiadat Penghormatan Terakhir Buat Almarhum Raja Puan Besar Perak.


Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani Binti Almarhum Raja Shahar Shah mangkat pada 3 Oktober 2017 pada usia 75 tahun. Istiadat Penghormatan Terakhir untuk Almarhum diadakan di Istana Ar-Ridzuan, Ipoh. Jenazah Almarhum disemayamkan ditengah istana untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir. Rakyat jelata menziarahi Istana Ar-Ridzuan seawal jam 9.00 pagi lagi. Penghormatan terakhir untuk rakyat jelata bermula pukul 10.30 sehingga 11.30 pagi. 

DYTM Raja Muda Perak.

KDYMM Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan KDYMM Sultanah Kedah Tengku Maliha Binti Tengku Arif merupakan antara kerabat diraja terawal memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum. Baginda berdua tiba pada pukul 11.43 pagi diiringi oleh YTM Tunku Tan Sri Abdul Hamid Thani, YTM Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim dan YTM Tunku Sarafuddin Badlishah Sultan Salehuddin. Selepas itu, KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah pula berangkat tiba untuk memberi kehormatan terakhir. Turut memberi penghormatan terakhir adalah DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris dan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. 


Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir, SS Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Bekas Menteri Besar Perak YBhg Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dan YBhg Tan Sri Ramli Ngah Talib, serta kenamaan-kenamaan yang lain. 



KDYMM Sultanah Terengganu.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial.


DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah.

KDYTM Tengku Puan Pahang dan YAM Raja Puan Mahkota Perak.

KDYMM Sultan dan Sultanah Kedah.

Anggota Persatuan Pandu Puteri Malaysia memberi penghormatan terakhir.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...