Anda Pengunjung Ke :

Thursday 14 September 2017

Istiadat Pemakaman Almarhum KDYMM Sultan Kedah.


Kemangkatan Almarhum KDYMM Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah amat menyedihkan rakyat Malaysia. Sebagai seorang Sultan yang telah bertakhta selama 59 tahun, Almarhum amat dikasihi dan disayangi segenap lapisan masyarakat. Perjalanan terakhir Almarhum menuju ke Makam DiRaja Langgar diiringi oleh ribuan rakyat jelata. Almarhum yang mangkat pada pukul 2.30 petang di Istana Anak Bukit pada 11 September disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit untuk Istiadat Penghormatan Terakhir sehingga pukul 1.30 tengah hari. Jenazah Almarhum sebelum itu telah disembahyangkan pada pukul 10.30 pagi. 

Sebelum Istiadat Pemakaman bermula, Majlis Mengangkat Raja telah sebulat suara untuk melantik DYTM Raja Muda Kedah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah untuk menjadi Sultan Kedah ke-29 menggantikan Almarhum kekanda baginda. Setelah Istiadat Mengangkat Raja selesai, bermulalah Istiadat Pemakaman Almarhum sebagai perjalanan terakhir Almarhum.

Pada pukul 2.30 petang, jenazah Almarhum dibawa keluar dari Balai Penghadapan dan menuju keluar daripada Istana Anak Bukit menaiki pedati diraja sambil diiringi kerabat diraja. Jenazah Almarhum dibawa melalui Lebuhraya Darul Aman, Jalan Tun Razak, Jalan Langgar dan akhirnya tiba di Makam DiRaja Langgar. Sepanjang perjalanan, rakyat jelata tidak putus-putus menunggu ditepi jalan untuk mengucapkan selamat jalan kepada Sultan kesayangan mereka. Jenazah baginda tiba di Makam Diraja Langgar kira-kira pukul 4.00 petang. Jenazah Almarhum diusung menuju ke lokasi makam didahului oleh pegawai yang membawa darjah-darjah kebesaran baginda. Pemakaman Almarhum dilakukan penuh tertib dan selesai pada pukul 4.45 petang. 

Berangkat ke Istiadat Pemakaman tersebut ialah balu Almarhum, KDYMM Sultanah Hajah Haminah, Sultan Kedah Ke-29 KDYMM Tuanku Sallehuddin Sultan Badlishah, DYTM Tengku Maliha Tengku Arif, YTM Tunku Bendahara Kedah Tunku Abdul Hamid Thani dan isteri, YTM Tunku Temenggong Kedah Tunku Puteri Intan Safinaz, YTM Tunku Laksamana Tunku Sarafuddin Badlishah, DYAM Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain, DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya, adinda-adinda Almarhum, kerabat-kerabat diraja serta pembesar negeri. Turut hadir YAB Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta EXCO-EXCO Negeri Kedah. 

Sepanjang perjalanan terakhir Almarhum.rejimen artileri telah melepaskan 89 das tembakan menandakan 89 tahun usia Almarhum Tuanku. Tembakan pertama dilepaskan sebaik sahaja jenazah Almarhum keluar meninggalkan Istana Anak Bukit dan tembakan terakhir iaitu ke 89 sebaik sahaja jenazah Almarhum tiba di Makam DiRaja Langgar. 

JENAZAH ALMARHUM DIBAWA KELUAR DARI ISTANA ANAK BUKIT


Sultanah Haminah bersama anakanda Tunku Puteri Intan Safinaz.

Tuanku Sallehuddin mengetuai kerabat-kerabat diraja.

Darjah-darjah kebesaran Almarhum diangkat.

Pegawai-pegawai yang mengangkat jenazah Almarhum memberikan tabik hormat.


Jenazah Almarhum diusung turun dari paterana.

Tunku Abdul Hamid Thani, Tunk Puteri Intan Safina serta kerabat diraja.

Sultanah Haminah diiringi Tengku Maliha.




Kerabat diraja mengiringi jenazah Almarhum keluar dari Istana Anak Bukit.

PERARAKAN PEDATI DIRAJA MENUJU KE MAKAM DIRAJA LANGGAR





KETIBAAN JENAZAH ALMARHUM DI MAKAM DIRAJA LANGGAR.

Darjah kebesaran Almarhum mengetuai perarakan menuju ke makam.




JENAZAH ALMARHUM DIMAKAMKAN.


Tuanku Sallehuddin, Tengku Maliha dan Sultanah Haminah.

Sultanah Haminah mengesat air mata.




Sultanah Haminah menyiram air mawar di makam Almarhum.

Tuanku Sallehuddin, Sultan Kedah ke-29.

Tengku Maliha Tengku Ariff.

Tunku Abdul Hamid Thani.

Tunku Puteri Intan Safinaz.

Raja Iskandar Dzulkarnain.

Tunku Sarafuddin Badlishah.

Dato' Seri Ahmad Bashah.




BALU ALMARHUM, SULTANAH HAMINAH.




Kesedihan Sultanah Haminah yang dikongsi dengan semua rakyat jelata.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...