Anda Pengunjung Ke :

Sunday, 6 August 2017

YTM Dato' - Dato' Undang Luak Negeri Sembilan.


UNDANG LUAK SUNGAI UJONG
( DATO' KLANA PETRA SRI JAYA)
Y.T.M Dato' Mubarak Bin Dohak, D.T.N.S.
Image result for dato mubarak dohak


Yang Teramat Mulia DATO' KLANA PETRA SRI JAYA DATO' MUBARAK BIN DOHAK dilahirkan pada 11 November 1961 di Kampung Telaga Udang,Batu 9,Pantai,Negeri Sembilan.Beliau merupakan anak tunggal kepada Allahyarham Thahak@Dohak Bin Dato' Sutan Nara Haji Abu Samah dan Puan Lawiyah Binti Dato' Amar Setia Alwi.Dilantik sebagai Undang Luak Sungai Ujong ke-11 pada 29 Disember 1993. Beliau dilantik menggantikan Dato' Muhammad Kassim Nika Abdul Rashid yang meninggal dunia pada tahun 1983. Undang Luak Sungai Ujong merupakan Dato' Undang paling kanan dikalangan 4 orang Undang. Undang Luak Sungai Ujong yang melakukan pemasyhuran dan pertabalan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. 

UNDANG LUAK JELEBU
( DATO' MENDIKA MENTERI AKHIRUL ZAMAN )

Muhammad Azafean Bin Muhammad Fahmi.

Penyandang terakhir Undang Luak Jelebu,YTM Dato' Musa Bin Wahab telah meninggal dunia pada 11 September 2014. Bermula pada tarikh ini, jawatan Undang Luak Jelebu kosong sehinggalah pada 8 April 2016, Muhammad Azafean Muhammad Fahmi diisytiharkan sebagai Undang Luak Jelebu Ke-16. Namun, pada 30 Mac 2017, Dewan Keadilan dan Undang telah memutuskan tidak menerima sebarang pelantikan Undang Luak Jelebu ke-16. Berikutan itu, Dewan Keadilan dan Undang memulangkan semula kepada Luak Jelebu untuk proses pemilihan calon YTM Undang Luak Jelebu hingga selesai. 

UNDANG LUAK REMBAU
( DATO' LELA MAHARAJA )
Y.T.M. Dato' Haji Muhammad Sharip Bin Haji Othman, D.T.N.S.

Yang Teramat Mulia DATO' LELA MAHARAJA DATO' HAJI MUHAMMAD SHARIP BIN HAJI OTHMAN dilahirkan pada 14 Ogos 1941 di Kampung Waris Tebat,Chembong Kecil,Rembau,Negeri Sembilan.Beliau telah dimashyurkan sebagai Undang Luak Rembau ke 21 pada 21 November 1998. Sebelum itu beliau merupakan Orang Besar Undang yang bergelar Dato' Shahbandar iaitu gelaran yang terkanan di antara empat Orang Besar Undang.Beliau berketurunan Lela Maharaja Suku Biduanda,Waris Nan Dua Carak(Perut Tebat).

UNDANG LUAK JOHOL
( DATO' JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN )
Y.T.M. Dato' Muhamed Bin Haji Abdullah, D.T.N.S., A.N.S., P.M.C., P.J.K., P.K.L.

Yang Teramat Mulia DATO' JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN Dato' Muhamed Bin Abdullah dilahirkan pada tahun 1967. Beliau sebelum ini bergelar Baginda Tan Mas (Timbalan Undang Luak Johol). Beliau ditabalkan sebagai Undang Luak Johol Ke-15 pada 23 Mac 2017, menggantikan Dato' Muhammad Jan Abdul Ghani yang dilucutkan jawatan pada 27 Mac 2016 kerana didakwa melakukan 13 kesalahan salah laku dan adat. Pelantikan Muhammed disahkan oleh Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan pada 7 Okt tahun lalu sebelum menghadiri Istiadat Menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi menyempurnakan pelantikannya pada 15 Disember lalu.

1 comment:

  1. Untuk pengetahuan admin warispermaisuri di sungai ujong ada dato yang digelar dato shahbandar. Dato shahbandar termasuk dalam dewan keadilan dan undang dalam pertadbiran negeri sembilan. Dan di johol juga ada timbalan nya ibarat penganti undang johol yang pergelar dato baginda luak johol. Sekiranya admin berminat tentang undang boleh ke facebook (fb) taip urusetia undang luak johol ke -15 or balai undang luak sungai ujong.

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...