Anda Pengunjung Ke :

Friday 27 November 2015

Penganugerahan Darjah Kebesaran Sempena Keputeraan Sultan Perak ke-59.


Tarikh 27 November merupakan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. Sempena sambutan keputeraan Sultan Perak yang pertama kali disambut selepas pertabalan baginda sebagai Sultan, seramai 702 orang menerima darjah kebesaran,bintang dan pingat negeri Perak.

Sultan Nazrin menganugerahkan S.P.S.N. kepada Ahmad Zahid.

Pada penganugerahan kali ini, satu darjah kebesaran baru diperkenalkan. Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (S.P.S.N.) dikurniakan kepada YAB Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi. Darjah kebesaran ini membawa gelaran Dato' Seri Diraja. 

Selain itu, Paduka Seri Sultan Nazrin juga berkenan memberi penganugerahan secara Anumerta kepada 6 orang penerima Anugerah ini diberikan kepada penerima yang telah meninggal dunia. 

Senarai penerima Anumerta :

DARJAH SERI PADUKA CURA SI MANJA KINI (S.P.C.M.) : DATO' SERI.
i)  Yang Di-Pertua UMNO yang pertama Allahyarham Dato' Seri Sir Onn Jaafar 
ii) Bekas Menteri Besar Perak Allahyarham Datuk Panglima Bukit Gantang Dato' Seri Abdul Wahab Bin Toh Muda Abdul Aziz .

DARJAH SERI PADUKA MAHKOTA PERAK (S.P.M.P.) : DATO' SERI
 i) Pemimpin Kesatuan Melayu Muda Allahyarham Dato' Seri Dr Burhanuddin Helmy 
ii) Pengasas Persatuan Pelajar Melayu Insaf Allahyarham Dato' Seri Aminuddin Baki. 

DARJAH SERI PANGLIMA TAMING SARI (S.PT.S.) : DATO' SERI PANGLIMA
Bekas Ketua Polis Perak, Mendiang Tan Sri Dato' Seri Panglima Khoo Chong Kong.

DARJAH DATO' PADUKA MAHKOTA PERAK (D.P.M.P.) : DATO'
Mendiang Dato' Kevin Morais, Timbalan Pendakwa Raya Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S.P.R.M.). 

1 comment:

  1. Itu bkn gambar bekas Ketua Polis Perak.. Itu gambar bekas Ketua Polis Negara, Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim..

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...