Anda Pengunjung Ke :

Sunday 29 November 2015

Istiadat Pemakaman DYTM Raja Muda Kedah.

Almarhum D.Y.T.M. Raja Muda Kedah Darul Aman 
Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah,

D.K., D.K.H., D.M.K., D.K.(Terengganu), D.K.II(Selangor), S.P.M.K., S.P.C.M., S.P.M.J., P.S.B.
( 24 September 1929 - 29 November 2015 ).
AL FATIHAH.


Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik yang mangkat semalam telah selamat dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star Kedah. Istiadat pemakaman selesai kira-kira pukul 6 petang. Sebelum dimakamkan, jenazah Almarhum dibawa melalui Lebuhraya Darul Aman, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Jalan Langgar dan seterusnya ke Makam DiRaja Langgar. Berangkat ke Istiadat Pemakaman baginda ialah YTM Tunku Salehuddin dan isteri YTM Tengku Maliha, YTM Tunku Abdul Hamid Thani dan isteri, YTM Tunku Intan Safinaz, DYAM Raja Iskandar Dzulkarnain dan DYAM Tunku Soraya, TYT Tun Abdul Rahman Abbas serta kerabat diraja Kedah.

Baginda mangkat lebih kurang dua bulan selepas kemangkatan isteri baginda dan kurang sebulan selepas kemangkatan kekanda baginda Almarhum Tunku Hamidah. Sebelum dimakamkan, jenazah baginda diziarahi oleh kekanda baginda, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah. Bersempena kemangkatan baginda, bendera negeri dikibarkan separuh tiang selama 3 hari dan istiadat perkabungan selamat 7 hari sehingga Sabtu depan.

Merafak sembah takziah kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta seluruh kerabat diraja Kedah di atas kemangkatan D.Y.T.M Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah. AL FATIHAH.

Jenazah baginda disolatkan di Istana Anak Bukit.

Tuanku Abdul Halim memberikan penghormatan terakhir kepada adinda baginda.


Tun Abdul Rahman menyiram air mawar ke makan Tunku Abdul Malik.

YTM Tunku Salehuddin menyiram air mawar ke makam kekandanya.




YTM Tunku Abdul Hamid Thani.

DYAM Raja Iskandar Dzulkarnain.

Tunku Intan Safinaz menyempurnakan istiadat menyiram air mawar.


sumber : fb putra kola dan astro awani.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...