Anda Pengunjung Ke :

Monday 24 March 2014

Kemangkatan Tengku Bendahara Selangor.




Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Selangor Darul Ehsan, Tengku Dato' Azman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj telah mangkat pada pukul 2.31 petang 23 Mac 2014. Beliau mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Beliau merupakan ayahanda saudara kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Tengku Azman dilahirkan pada tahun 1 Januari 1931 dan merupakan putera kepada Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj dan Cik Puan Hajah Kalsum Binti Haji Mahmud. Tengku Azman juga merupakan adik beradik seibu sebapa dengan DYTM Raja Puan Muda Kedah Tengku Hajah Raudzah dan juga Almarhum Tengku Ampuan Hajah Bariah. Beliau merupakan Ahli Dewan Diraja Selangor dan berusia 83 tahun. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Yang Amat Mulia Tengku Puan Bendahara Selangor Tengku Thuraya Binti Almarhum Sultan Ibrahim pada 27 Disember 1950 dan dikurniakan 4 orang putera dan 2 orang puteri. Dikurniakan gelaran Tengku Bendahara Selangor oleh ayahanda beliau pada 13 Mei 1959. Jenazah beliau telah dibawa ke Istana Alam Shah, Klang pada pukul 5 petang 23 Mac 2014. Solat jenazah telah diadakan di Masjid Istana Diraja , Istana Alam Shah pada pukul 10.30 pagi dan dimakamkan di Makam DiRaja Klang dengan penuh adat istiadat. Al Fatihah dan takziaj buat keluarga DiRaja Selangor Darul Ehsan. 

Balu Almarhum, Tengku Thuraya Binti Almarhum Sultan Ibrahim.

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...