Anda Pengunjung Ke :

Sunday 6 October 2013

Permaisuri Paling Banyak Terima Anugerah Luar Negara..

Tahukah anda siapakah permaisuri negara kita yang paling banyak dikurniakan Darjah Kebesaran luar negara ? Jawapannya ialah Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja, nenda kepada Sultan Terengganu. Tuanku Intan merupakan suri kepada Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin yang merupakan Yang Di Pertuan Agong Ke 4 yang bertakhta sebagai Sultan Terengganu bermula tahun 1949 hingga 1979. Sepanjang Tuanku Intan bergelar Raja Permaisuri Agong pada tahun 1965 hingga 1970, baginda banyak mengiringi suami baginda membuat lawatan ke luar negara. Serentak dengan lawatan itu, baginda telah dikurniakan darjah kebesaran sesebuah negara itu oleh pemerintah negara itu sendiri. Sepanjang tempoh itu juga, baginda telah dikurniakan 8 darjah kebesaran luar negara. Jumlah kurniaan ini lebih banyak berbanding kebanyakan Raja Melayu yang lain.


Antara negara yang menguniakan Darjah Kebesaran kepada baginda ialah Jerman,Filipina,Iran,Korea dan lain-lain lagi. Kebiasaannya, seseorang itu mempunyai kedudukan dalam negara yang mengurniakan sesuatu darjah kebesaran itu kepadanya. Sebagai contoh, Maharani Farah Pahlavi merupakan salah seorang penerima Darjah Seri Utama Mahkota Negara (DMN). Walaupun beliau tidak lagi bertakhta, tetapi jika beliau berada di Malaysia, beliau berada di kedudukan ke 8 dalam Susunan Keutamaan Persekutuan sebagai Ahli Darjah Seri Utama Mahkota Negara. Beliau secara automatik mempunyai keistimewaan sebagai tetamu negara. Begitu juga Tuanku Intan Zaharah yang menerima darjah kebesaran dari luar negara. Jika baginda berada di negara berkenaan, baginda mempunyai keistimewaan dan kemuliaan sebagai tetamu negara dan perlu diberi sambutan negara. 



Berikut merupakan gelaran rasmi baginda :

Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu Darul Iman Tuanku Hajah Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja,
D.K.,D.M.N.,S.S.M.T.,S.P.M.T.,Grand Cordon of the Order of Merit (Federal Republic of Germany),Order of the Golden Hearts (Philippines),Order of Queen Sheba (Ethiopia),Grand Cordon of the Order of Precious Crown (Japan),The Orders of Diplomatic Service Merit 1st Class (Korea), Grand Cordon of the Order of Mugunghwa (Korea), Order of Pleiades 1st Class (Iran), Order of Maha Putra 1st Class (Indonesia).


Senarai Darjah Kebesaran Yang Diterima Baginda :

Grand Cordon of the Order of Merit of Federal Republic of Germany ( 9 Mac 1967 ).


Order of The Golden Hearts of Philippines ( 9 Januari 1968 ).



Grand Cordon of the Orders of The Queen of Sheba of Ethiopia ( 21 Mei 1968 ).



Grnd Cordon of the Order of The Precious Crown of Japan ( 19 Februari 1970 ).


Grand Cross of the Orders of Diplomatic Service Merit 1st Class of Republic of Korea ( 7 Februari 1967 ).


Grand Cordon of The Orders of Pleiades 1st Class of Iran ( 17 Januari 1968 ).

Grand Cordon of The Orders of Maha Putera 1st Class of Indonesia ( 16 Mac 1970 ).


Grand Cordon of The Orders of Mugunghwa of Republic of Korea ( 7 Februari 1966 ).



Tuanku Intan Zaharah memakai Darjah Order of Queen Sheba yang dianugerahkan Maharaja Ethiopia Maharaja Haile Selassie I.

Tuanku Intan ketika jamuan negara meraikan Presiden Korea Selatan Park Chung Hee dan isteri yang membuat lawatan rasmi ke Malaysia. Baginda memakai kalung Darjah Order of Mugunghwa.

Tuanku Intan memakai selempang Order of Pleiades 1st Class of Iran. Baginda bersama Maharani Iran Shahbanou Farah Pahlavi.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...