Anda Pengunjung Ke :

Monday 9 January 2012

YAM Tunku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad..

Ketika bergelar DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.


Ketika zaman muda baginda.

Kali ini giliran Sultanah Johor pula untuk diceritakan riwayat hidup baginda.Kepada rakyat Johor wajah di atas ini tentu tidak asing lagi buat mereka kerana Baginda telah bertakhta sebagai Sultanah Johor selama lebih kurang 3 dekad.Baginda ialah Sultanah Zanariah atau gelaran baginda sekaramg Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad,D.K.,D.M.N.,D.K.(Kelantan),D.K.(Kedah),D.K.(Brunei),S.S.I.J.,S.P.M.J.,P.I.S.


Baginda diputerikan pada tanggal 5 Julai 1940 di Istana Dusun Green,Pasir Mas Kelantan.Baginda merupakan puteri diraja Kelantan.Tunku Puan Zanariah merupakan puteri ketujuh kepada pasangan YAM Almarhum Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Long Ahmad Ibni Almarhum Tengku Temenggong Long Abdul Ja'far dan YABhg Che Puan Hajah Fatimah Binti Dato' Abdul Hamid.

Setelah mendapat asuhan asas yang begitu mantap dalam istana, baginda mula mendapat didikan formal di Sekolah Sultanah Zainab, Kelantan pada tahun 1946. Kemudian baginda telah melanjutkan pelajaran baginda di Convent Bukit Nenas,Kuala Lumpur dari tahun 1950 hingga 1952 dan telah berangkat kembali ke Kelantan di mana baginda meneruskan pelajaran baginda di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasri Mas. Di atas dorongan ayahanda dan disertai pula dengan perasaan untuk melengkapkan diri bagi masa hadapan, baginda telah berangkat ke England dalam tahun 1954 untuk melanjutkan lagi pelajaran baginda di Upper Chime School Isle of Wight.




Bertemu jodoh dengan Almarhum DYMM Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 20 Ogos 1961 di Kuala Lumpur.Ketika itu baginda berusia 21 tahun.Tunku Puan Zanariah merupakan isteri kedua kepada Almarhum Sultan.Perkahwinan baginda berdua dikurniakan seorang putera dan 5 orang puteri.Salah seorang anakanda baginda ialah YAM Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris.Baginda bukanlah bonda kandung kepada Sultan Johor sekarang DYMM Sultan Ibrahim.Sultan Ibrahim merupakan anakanda kandung kepada YAM Enche Besar Hajah Kalthum Binti Abdullah yang merupakan isteri pertama Sultan Iskandar yang kemudiannya diceraikan.Baginda ditabalkan sebagai DYMM Sultanah Johor pada 11 Mei 1981.Adat Istiadat Pertabalan diadakan di Istana Besar Johor Bahru.Baginda menjadi Sultanah Johor selama lebih kurang 29 tahun sehingga kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010.Tunku Puan Zanariah juga pernah menjadi Raja Permaisuri Agong pada 26 April 1984 sehingga 26 April 1989.

Bersama Almarhum YMM Tuanku Kursiah dan Tun Dr Siti Hasmah.


Baginda sedari muda lagi mengamalkan sikap lemah lembut.Sikap baginda ini seringkali menarik perhatian sesiapa yang memandang.Baginda amat mengambil berat akan perihal kaum wanita terutama wanita Johor.Baginda telah menubuhkan Majlis Wanita Negeri Johor atau dikenali sebagai MAWAR.MAWAR
digerakkan dengan mengadakan majlis-majlis Agama seperti Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bertempat di ibu pejabatnya di Jalan Sungai Cat, Johor Bahru. MAWAR juga telah dapat mengumpulkan wang dan seterusnya didermakan pula kepada mangsa-mangsa banjir di Negeri Johor ini dan juga kepada rakyat-rakyat yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan bantuan serta pertolongan.

Tunku Puan Zanariah merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia yang ke 3 bermula tahun 1986.Namun baginda telah menamatkan khidmat baginda pada tahun 2010 dan digantikan oleh DYMM Tuanku Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris. Bagi mengisi masa lapang, baginda gemar mengambil bahagian dalam riadah, menunggang kuda, bermain golf,tenis, dan baginda juga merupakan seorang yang handal dan cekap bermain ‘water ski’. Baginda juga boleh dikatakan Sultanah Johor yang pertama pernah mencatatkan sejarah apabila baginda berangkat mendaki Gunung Ledang , gunung yang tertinggi dan masyhur dalam sejarah Johor.

Semasa bergelar Canselor UTM.

Setelah anakanda tiri baginda DYMM Sultan Ibrahim menaiki takhta,gelaran Sultanah yang dipakai oleh baginda dan juga kekanda baginda,YMM Sultanah Nora telah ditarik dan digantikan dengan Yang Amat Mulia Tunku Puan pada 17 Februari 2011.Baginda berdua dikatakan tidak dimahkotakan dengan sempurna dan tidak boleh menggunakan gelaran Sultanah.Kini,Tunku Puan Zanariah berusia 72 tahun dan masih bersemayam di Negeri Johor.Sama-sama kita doakan kesihatan baginda.

Berikut merupakan gambar kenangan Tunku Puan Zanariah:



Bersama YMM Tuanku Najihah membaca Yasin di pusara Almarhum Sultan Iskandar.

Ketika merasmikan perhimpunan Pandu Puteri.

 Keluarga Diraja Johor.
 


16 comments:

  1. Yang Amat Mulia Tunku Puan Hajah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad,D.K.,D.M.N.,D.K.(Kelantan),D.K.(Kedah),D.K.(Brunei),S.S.I.J.,S.P.M.J.,P.I.S.

    >> Rasanya Tunku Puan tak pernah terima Darjah S.P.M.J.

    ReplyDelete
  2. OH..YE KE..TAPI BERDASARKAN PEMBACAAN SAYA..SAYA RASA TUNKU PUAN PERNAH TERIMA SPMJ..

    ReplyDelete
  3. Darjah D.K., S.S.I.J. Tunku Puan dapat dpd Almarhum Sultan Ismail kecuali P.I.S. daripada Almarhum Sultan Iskandar. S.P.M.J. jika betul Tunku Puan pernah dapat saya tak pernah nmpk Tunku pakai.

    *saya baru jumpa keratan akhbar Sultanah Bahiyah nnti saya bg link gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya akan cuba kaji lagi..kalau ada maka betullah Tunku Puan pernah terima SPMJ..kalau tak ada..maka Tunku Puan hanya terima SSIJ je la kan.
      ok2...

      Delete
  4. bonda saya dikurniakan DK n SSIJ oeh ninda saya SultAn Ismail

    -Tunku Azizah Sultan Iskandar

    ReplyDelete
  5. wah, tengku puan pahang yang reply...

    ReplyDelete
  6. lawa lawa kerabat johor ni.. muka mat salih semuanya

    ReplyDelete
  7. Salam. dah confirm ke Tunku pernah terima SPMJ?

    ReplyDelete
  8. Puteri-puteri keluarga Diraja Johor selalu saya nampak dalam van balik dari Sek. Tun Fatimah dahulu. Memang pun lawa-lawa...anak raja!!!!

    ReplyDelete
  9. Bukan pingat atau rupa atau harta yg penting sbb semua nya tak boleh bantu kita di alam barzakh nanti. Yg dapat bantu nanti hanya amalan yg ikhlas krn Allah swt

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang sembang pasal pingat dan rupa. bukankah rupa yg cantik anugerah Allah. pingat atay anugerah masyarakat juga penting dlm menjalan tugasan. apa pun nasihat yang baik dari ritz..👍

      Delete
  10. Boleh tak senaraikan nama 5 org puteri Tunku Puan Zanariah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunku Mariam Zaharah
      Tunku Norani Fatimah
      Tunku Maimunah Ismailiah
      Tunku Abdul Majid
      Tunku Muna Najiah
      Tunku Aminah Kalsum Masera Marian Zahira Iskandariah
      -sumber GOOGLE

      Delete
  11. kenapa gelaran Sultanah ditarik balik DYMM Sultan Ibrahim.
    Adakah melibatkan masalah harta-harta DYMM Sultan Iskandar yg akan diwarisi oleh Sultanah Zanariah

    ReplyDelete
  12. kenapa gelaran Sultanah ditarik balik DYMM Sultan Ibrahim.
    Adakah melibatkan masalah harta-harta DYMM Sultan Iskandar yg akan diwarisi oleh Sultanah Zanariah

    ReplyDelete

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...